KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dana politik RM2.6 bilion ($0.84 bilion) yang diterima Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mengambil masa kerana ia melibatkan transaksi dan saksi di luar negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan mengenai kes itu kerana siasatan baru berjalan beberapa bulan sedangkan ada kes yang mengambil masa sehingga sembilan tahun untuk diselesaikan.