Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang Apec: Trump, Xi dijangka lakar hala tuju dagang

Nov 10, 2017 | 02:56 PM



DANANG (Vietnam): Pemimpin Amerika Syarikat dan China, dua ekonomi terbesar di dunia, dijangka memberikan wawasan untuk masa depan perdagangan global dalam ucapan kepada pemimpin Asia-Pasifik yang berkumpul di Vietnam.

Presiden Donald Trump mungkin menggunakan doktrin 'Utamakan Amerika' semasa bersemuka dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Danang.

Selain Encik Trump, pemimpin dunia yang lain seperti Encik Vladimir Putin dari Russia; Encik Shinzo Abe dari Jepun dan Encik Xi Jinping dari China dijangka mengadakan pertemuan dengan anggota perniagaan itu.

Ketua Pegawai Operasi Facebook, Encik Sheryl Sandberg, juga adalah antara mereka yang dijadual bercakap di Apec.

Encik Trump tiba setelah menamatkan lawatan dari Tokyo, Seoul dan Beijing di mana beliau berusaha membina satu konsensus terhadap cita-cita nuklear Korea Utara dan mengulangi keraguannya terhadap perdagangan yang tidak adil yang dikatakannya mengganggu pekerjaan Amerika.

Encik Xi, yang menyambut mesra Encik Trump semasa di China, membawa mesej yang sangat berbeza di Danang.

Beliau melipatgandakan komitmennya, yang telah disampaikan pada Kongres Parti Komunis baru-baru ini, bahawa China sudah bersedia dan mampu melangkah mengambil peranan pemimpin perdagangan bebas global yang dikosongkan oleh Amerika.

 Ketika Amerika "berundur" atas alasan "nasionalisme ekonomi", China akan bergerak maju, kata pakar perundingan politik Eurasia, Encik Ian Bremmer. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >