Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang iklim: Ramai kecewa Jokowi tidak umum langkah baru bagi lindungi hutan

Dec 02, 2015 | 09:05 AM



PARIS: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, dikenakan tekanan dalam rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Paris supaya melakukan lebih banyak bagi menghentikan pembasmian pesat hutan dan meningkatkan usaha menangani kebakaran hutan dan tanah.


Ucapan beliau pada Isnin (1 Dis) kepada lebih 150 pemimpin dunia lain dan ribuan perwakilan merupakan satu kekecewaan kepada banyak pertubuhan bukan pemerintah (NGO).


Dalam ucapannya, Encik Jokowi tidak mengumumkan sembarang langkah baru untuk mengekalkan hutan hujan Indonesia yang semakin berkurangan, yang sedang dibasmikan terutamanya untuk mengembangkan pertanian, perlombongan dan infrastruktur.


Beliau diharap mengumumkan satu arahan presiden terperinci, yang sedang dirundingkan oleh pemerintahnya, yang akan terus melindungi dan memulihkan tanah gambut Indonesia yang kaya dengan karbon dan teruk dirosakkan.


Ucapan Encik Joko "tidak lebih buruk tetapi pastinya tidak lebih baik daripada kebanyakan yang lain", kata Encik Doug Boucher, pengarah Inisiatif Hutan Tropika & Iklim kumpulan pemikir Gabungan Saintis Prihatin, yang berpangkalan di Washington.


"Ia tidak mempunyai pengumuman yang benar-benar besar dan ia tidak mempunyai pengiktirafan bahawa dunia menjangka Indonesia melakukan lebih banyak," kata beliau kepada akhbar The Straits Times pada Selasa, di luar acara persidangan iklim itu, di mana hutan dilihat sebagai kunci bagi menghentikan perubahan iklim.


Masih ada harapan Encik Jokowi akan mengumumkan satu set peraturan lebih terperinci yang termasuk rancangan bagi membasahkan semula kawasan besar tahan gambut kering dan membendung sehingga kira-kira dua juta kilometer terusan yang telah dibina syarikat dan pembalak haram untuk mengalirkan air dari tanah gambut.


Dalam ucapannya, Encik Joko memberitahu para perwakilan bahawa pemerintahnya telah mengambil tindakan untuk memulihkan tanah gambut dengan menubuhkan agensi pemulihan gambut. Ini telah diumumkan sebelum ini.


Seorang aktivis hutan Greenpeace Indonesia, Teguh Surya, berkata dalam satu kenyataan bahawa ikrar penting Encik Jokowi untuk melindungi dan memulihkan tanah gambut, jika diberi kuasa undang-undang, boleh menyumbang banyak ke arah pengurangan pelepasan (karbon) Indonesia.


Namun, disebabkan gagal mengumumkan sebarang perlindungan baru bagi hutan, Encik Jokowi membenarkan kegiatan pembasmian hutan berterusan, sekali gus menjamin kebakaran hutan amat buruk akan berulang pada masa depan.


Sejak 1990, Indonesia telah kehilangan 31 juta hektar hutan hujan, kawasan hampir sebesasr Jerman.


Kebakaran hutan tahun ini menjadi Indonesia pencemar karbon terbesar selepas Amerika Syarikat dan China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >