WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump akan mengadakan sidang puncak kedua dengan pemimpin Korea Utara Encik Kim Jong Un pada lewat Februari.
Namun sekatan ekonomi ke atas Pyongyang akan diteruskan, kata Rumah Putih pada Jumaat (18 Januari), selepas Encik Trump bertemu perunding nuklear utama Korean Selatan.
Pengumuman itu dibuat berlatar kekecohan diplomatik di Washington yang mengelilingi kunjungan Encik Kim Yong Chol, bekas ejen sulit Korea Selatan, dan menandakan sedikit perubahan dalam usaha menghapuskan nuklear Korea Selatan - sesuatu yang tertunggak selepas pertemuan pertama antara Encik Trump dengan Encik Kim di Singapura tahun lalu.
“Presiden Donald J. Trump bertemu Encik Kim Yong Chol selama sejam setengah untuk membincangkan penghapusan nuklear dan sidang puncak kedua, yang akan berlangsung di penghujung Februari, kata jurucakap Rumah Putih Cik Sarah Sanders.