Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Singapura, Jepun boleh bekerjasama tangani isu sosial: Vivian

Apr 27, 2016 | 10:05 AM



TOKYO: Memandangkan Singapura dan Jepun menghadapi cabaran sama, misalnya penuaan penduduk dan kadar kelahiran rendah, dua negara ini perlu bekerjasama untuk mencari huraian bagi isu-isu itu, kata Menteri Luar Vivian Balakrishnan di Tokyo pada Selasa (26 Apr).



Ini boleh dilakukan melalui kerjasama dalam penyelidikan perubatan, kecerdasan buatan dan robotik, dan teknologi penuaan serta penjagaan kesihatan, katanya dalam Simposium Jepun-Singapura (JSS) ke-11.



Jepun "sudah agak maju" dalam bidang ini, dan Singapura boleh mendapat manfaat daripada kepakarannya, kata Dr Balakrishnan, yang juga Menteri bertanggungjawab inisiatif Negara Bijak.



"Kami sedang meneliti teknologi Jepun dalam bidang interaksi manusia-mesin dan menginsankanya supaya ia menyelesaikan cabaran nyata manusia pada masa depan."



Ini hanyalah satu bidang di mana Singapura dan Jepun boleh bekerjasama, kata Dr Balakrishnan dan Menteri Luar Jepun, Encik Seiji Kihara.



JSS dwitahunan akan menjadi acara tahunan mulai sekarang bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan serantau, kata mereka.



Selasa (26 Apr) ialah ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Singapura-Jepun dijalin pada 26 April 1966. Kedua-dua menteri mengambil kesempatan itu untuk mengesan kemajuan hubungan dua hala sejak beberapa dekad, dan mengenal pasti bidang kerjasama lebih erat.



Dr Balakrishnan juga menegaskan bahawa Singapura tidak memihak pada sembarang pihak dalam isu tuntutan wilayah, dengan mengatakan bahawa perkembangan terbaru di Laut China Selatan menimbulkan kebimbangan dan kadang-kadang, ketegangan.



Encik Kihara, yang bercakap tentang peranan dua negara itu dalam mempromosikan keselamatan maritim, mencadangkan mereka menangani isu-isu serantau dengan "lebih aktif" melalui Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.



Beliau berkata "dikesali" bahawa kedaulatan undang-undang di laut telah "dikompromi", disebabkan keadaan di Laut China Selatan.



Dr Balakrishnan juga berkata Jepun dan Singapura menyokong kehadiran berterusan Amerika Syarikat di rantau ini. Oleh itu, Singapura antara penyokong terawal dasar keselamatan "Sumbangan Proaktif bagi Keamanan" Perdana Menteri Shinzo Abe.



Selain itu, perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) juga boleh menjadi asas bagi perbincangan lanjut mengenai mercu tanda Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun-Singapura, yang sedang dikaji, kata Dr Balakrishnan.



Bagi menandakan hubungan 50 tahun itu, Encik Kihara berkata makanan dan acara kebudayaan Jepun akan diadakan di Ngee Ann City Civic Plaza pada Oktober.



Dr Balakrishnan pula berkata beberapa rangkaian pasar raya di Jepun telah memulakan kempen menggalak budaya Singapura melalui makanan seperti nasi ayam dan char kuetiau.



Pada Selasa malam, Menteri Luar Jepun, Encik Fumio Kishida, mengehos satu jamuan malam bagi Dr Balakrishnan, yang pulang ke Singapura pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >