Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Skandal kapal tempur: Mantan panglima TLDM hadapi tiga tuduhan pecah amanah

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM21 juta ($6.46 juta) di sebuah mahkamah sesyen semalam.



Ahmad Ramli, 78 tahun, yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), mengaku tidak bersalah.



Mengikut pertuduhan pertama, ketika menjadi pengarah urusan BNS, dia melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan curang meluluskan pembayaran RM13,541,140 ke akaun Setaria Holdings Limited tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.



Bagi pertuduhan kedua, dia dikatakan melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan meluluskan pembayaran RM1,360,716 ke akaun syarikat JSD Corporation Pte Ltd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.



Bagi pertuduhan ketiga, Ahmad Ramli didakwa melakukan pecah amanah jenayah dana BNS dengan curang meluluskan pembayaran RM6,182,295 ke akaun syarikat Sousmarin Armada Ltd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah BNS.



Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di BBNS di Menara Boustead, Jalan Raja Chulan, pada 26 Julai 2010, 28 Oktober 2010, 25 Mac 2011, 19 April 2011, 4 Mei 2011 dan 22 November 2011.



Ahmad Ramli didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara antara dua tahun dengan 20 tahun, rotan dan denda.



Hakim Suzana Hussin menetapkan ikat jamin RM500,000 dan menetapkan 24 November bagi sebutan semula kes.



Ahmad Ramli dilantik sebagai Panglima TLDM pada 1996 dan bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun.



Minggu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia telah menyelesaikan siasatan mengenai kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9.13 bilion. Enam LCS ditauliahkan pada 2011, tanpa tender terbuka, untuk dibina oleh BNS dan diserahkan mulai 2019.



Setakat ini, RM6 bilion telah dibayar, tetapi reka bentuk untuk kapal itu masih belum siap. Menteri Pertahanan Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kapal pertama kini hanya dijadualkan siap "dalam satu atau dua tahun".



Sejak fakta-fakta ini didedahkan awal bulan ini oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), terdapat gesaan semakin meningkat agar dimulakan prosiding jenayah dan membentuk suruhanjaya siasatan diraja mengenai kontrak itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >