Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Skim Perubatan Madani bantu penduduk di 10 daerah

Bernilai RM100j, ia bertujuan memenuhi keperluan kesihatan kumpulan penduduk susah antaranya di Gombak, KL, Johor Bahru dan Kota Kinabalu
Jun 15, 2023 | 05:10 PM



PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan Skim Perubatan Madani bernilai RM100 juta ($29.4 juta) yang akan bermula di 10 daerah di pelbagai negeri di negara ini.


Program itu akan berlangsung dari 15 hingga 31 Jun di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, Skim Perubatan Madani adalah inisiatif perintis kerajaan untuk membantu memenuhi keperluan kesihatan kumpulan B40, terutamanya untuk khidmat penjagaan kesihatan bagi kes akut yang ditangani doktor-doktor swasta (GP).

“Mulai 15 Jun ini semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat manfaat daripada Skim Perubatan Madani dengan GP yang berdaftar di sekitar 10 daerah itu,” kata Dr Zaliha dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima STR untuk membantu mereka dalam rawatan kes akut.

Rawatan percuma itu meliputi konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan yang diberikan oleh GP kepada penerima STR mengikut pakej mereka.

“Penerima boleh mendapatkan rawatan percuma tanpa had sehingga peruntukan habis. Had bagi setiap isi rumah ialah RM250 bersama keluarga, RM125 untuk warga emas (bujang) dan RM75 untuk golongan bujang,” kata Dr Zaliha.

Beliau berkata kes akut di bawah skim itu terdiri daripada rawatan demam, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan penyakit lain.

Beliau berkata rawatan bagi kes bukan akut yang tidak dilindungi di bawah skim itu boleh dirawat di klinik-klinik kesihatan di bawah kementerian.

“Skim di 10 daerah itu akan memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah. Penerima hanya perlu menunjukkan MyKad mereka apabila menerima rawatan dengan GP yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani,” kata Dr Zaliha.

“Kementerian Kesihatan di bawah ProtectHealth menyasarkan 700 GP mendaftar sebagai panel di bawah skim itu menjelang September. Pada masa ini empat sesi taklimat dan latihan untuk GP telah dijalankan dan 10 sesi lagi sedang dirancang,” tambahnya. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >