WASHINGTON: Bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat, Encik Edward Snowden, berkata beliau bertindak seorang diri semasa membocorkan rahsia pemerintah negara itu dan menyifatkan dakwaan penggubal dasar undang-undang Amerika bahawa beliau menerima bantuan daripada Russia sebagai "mengarut".
Encik Snowden ditukil majalah New Yorker kelmarin sebagai berkata dakwaan tersebut "tidak akan melekat (di minda orang)" dan "rakyat Amerika lebih bijak daripada apa yang difikirkan ahli politik".