Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sokong keganasan di Syria, penceramah bebas dipenjara 9 tahun

Oct 09, 2015 | 02:29 PM



KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas berusia 31 tahun dipenjara sembilan tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan menyokong perbuatan keganasan di Syria membabitkan penggunaan senjata api untuk mengugut orang awam di negara itu, tahun lalu.


Hakim, Encik Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap, Zulqarnain Ghaz Ab Ghani, selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Kamardin dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira kepentingan awam meskipun kesalahan yang dilakukan bekas pelajar jurusan syariah di Universiti Malaya (UM) itu dilakukan di luar negara.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada aktiviti keganasan, membabitkan penggunaan senjata api untuk memperjuangkan agama dan perbuatan terbabit dianggap sebagai mengugut orang awam di negara itu.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2014 dan 28 Ogos 2014 mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan harta boleh dirampas sekiranya berniat melakukan kesalahan berkenaan. - Harian Metro Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >