Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Solat Jumaat di masjid Perancis bawa mesej kutuk pengganasan

Nov 18, 2015 | 06:51 PM



PARIS - Badan yang mewakili masyarakat Islam di Perancis berkata ia telah meminta kesemua 2,500 masjid di negara itu supaya mengutuk "semua jenis keganasaan atau pengganasan" semasa solat Jumaat.


Majlis Muslim Perancis (CFCM) berkata mesej mengutuk perbuatan seperti itu akan disampaikan dengan jelas.


Langkah tersebut diambil menyusuli serangan penggansan berangkai yang berlaku di Paris Jumaat lalu hingga membunuh 129 orang.


Pasukan keselamatan polis telah melancarkan beberapa operasi untuk menjejaki dalang dan suspek serangan tersebut.


Ini termasuk satu serbuan sebelum fajar hari ini di Saint-Denis, sebuah kawasan pinggir utara ibu kota Perancis.


Dalam serbuan itu, seorang pengebom nekad wanita telah meletupkan dirinya, manakala seorang lagi pengganas mati.


Operasi selama sejam itu membabitkan pasukan keselamatan menentang sehingga empat suspek yang bersembunyi dalam sebuah apartmen dekat stadium Stade de France.


Stadium tersebut merupakan antara sasaran serangan Jumaat lalu.


Serbuan polis itu bertujuan untuk memburu warga Belgium Abdelhamid Abaaoud, seorang anggota kumpulan militan IS.


Dia sebelum ini dilaporkan berada di Syria selepas melarikan diri dari operasi untuk memburunya di Belgium awal tahun ini.


Abdelhamid dipercayai dalang yang bertanggungjawab dalam serangan berdarah itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >