Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker Indonesia dikawal pengawal antirasuah di hospital

Alami nahas lepas dicari berkaitan kes seleweng $230j dana negara
Nov 18, 2017 | 05:30 AM



JAKARTA: Speaker parlimen Indonesia - yang dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah AS$170 juta ($230 juta) - diletak di bawah kawalan pengawal bersenjata di sebuah hospital oleh penyiasat antirasuah setelah terlibat dalam satu nahas kereta, ujar peguamnya semalam.



Pegawai Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) menahan Encik Setya Novanto, yang juga pengerusi Golkar, parti kedua terbesar Indonesia dan rakan dalam pemerintah gabungan, di rumahnya di Jakarta pada Rabu.



Tindakan itu, yang dirakam kamera televisyen, gagal menemui Encik Novanto, mencetuskan spekulasi beliau telah bersembunyi.



Pada Khamis petang, saga itu berubah apabila beliau dilaporkan terbabit dalam kemalangan kereta dalam perjalanan ke ibu pejabat KPK.



Peguamnya, Encik Fredrich Yunadi, berkata ketika nahas itu, Encik Novanto sedang ditemu ramah seorang wartawan yang memandu kereta tersebut.



"(Pemandu) itu menoleh ke belakang dan ke tepi, jadi beliau tidak memberi tumpuan pada apa yang ada di depannya," kata beliau.



Encik Novanto kini "sangat sakit" dengan kecederaan kepala dan tangan, kata Encik Yunadi.



"Beliau malah masih tidak boleh bangun. Beliau masih belum boleh bercakap, hanya matanya - apabila beliau membuka matanya, siling berpusing."



Pegawai KPK yang bersenjata berada di hospital, kata Encik Yunadi, sambil menambah bahawa mereka mengabaikan permintaannya agar pergi dari situ.



Akhbar Indonesia semalam menyiarkan gambar di muka depan kenderaan utiliti sukan hitam yang dikatakan dinaiki Encik Novanto. Ia tersandar pada tiang lampu dan kelihatan mengalami kerosakan kecil sahaja.



Encik Novanto sebelum ini menafikan salah laku, tetapi berulang kali tidak mengendahkan arahan agar pergi ke pejabat KPK untuk disoal siasat.



Beliau memberi alasan sakit dan perlu menjalani pembedahan jantung.



KPK sedang menyiasat kerugian negara berjumlah kira-kira AS$170 juta yang dikaitkan dengan skim kad pengenalan elektronik nasional (e-KTP) selepas terdapat dakwaan bahawa sejumlah wang daripada AS$5,000 hingga AS$5.5 juta - yang dihasilkan dengan menaikkan kos perolehan - dibahagi- bahagi dalam kalangan ahli politik di parlimen.



Encik Novanto dinamakan sebagai suspek dalam kes itu sekali lagi minggu lalu, selepas beliau menggunakan satu gerakan perundangan kontroversial, usul praperbicaraan, agar tuduhan terdahulu diketepikan bulan lalu.



Jurucakap KPK, Encik Febri Diansyah, berkata kelmarin nahas itu berlaku sejurus selepas ia meminta ketua polis Indonesia dan Polis Antarabangsa (Interpol) meletakkannya dalam senarai orang buruan.



KPK akan berhubung dengan doktor bagi melihat apakah Encik Novanto "sesuai dibicarakan" dan berjanji akan meneruskan siasatan, katanya.



Encik Yunadi berkata permohonan bagi satu lagi usul praperbicaraan telah difailkan bagi pihak pelanggannya.



Presiden Indonesia Joko Widodo telah berkata proses perundangan harus diikuti.



Naib Presiden Jusuf Kalla, yang juga ahli Golkar, memberitahu pemberita kelmarin Encik Novanto harus bersedia menghadapi sembarang proses undang-undang. - Reuters.




Rasuah yang Speaker didakwa terlibat



SIASATAN ke atas Encik Setya Novanto berkaitan penggelapan hampir separuh daripada wang 5.9 trilion rupiah (sekitar $592 juta) bagi projek melaksana sistem e-KTP, atau kad pengenalan penduduk. Kad pengenalan itu sepatutnya dikeluarkan kepada rakyat Indonesia berumur 17 tahun dan ke atas pada 2009.



Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) mula menyiasat projek itu pada 2014, dengan berkata ia boleh menjadi skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara itu. Sekurang-kurangnya 37 ahli parlimen berprofil tinggi dikatakan menerima sogokan jutaan dolar daripada kontrak berkaitan pembekalan e-KTP.



Encik Novanto antara enam orang dan ahli parlimen ketiga dinamakan KPK sebagai suspek. Yang lain ialah pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Irman dan Sugiharto; peniaga Andi Agustinus; dan ahli parlimen Markus Nari dan Miryam S. Haryani.



Miryam dipenjara lima tahun Isnin lalu. Julai lalu, Irman dan Sugiharto masing-masing dipenjara tujuh dan lima tahun dan didenda 500 juta rupiah dan 400 juta rupiah kerana rasuah.



Pada 1999, Encik Novanto mengelak pendakwaan berhubung skandal melibatkan Bank Bali berkaitan kes lobi menyalahi undang- undang bagi menyelamatkan bank itu.



Baru-baru ini, beliau didakwa didengar dalam satu rakaman pita menuntut rasuah daripada syarikat perlombongan Amerika Syarikat, Freeport, tahun lepas. Beliau juga didakwa mempunyai peranan dalam import haram 60,000 tan beras dari Vietnam pada 2010.



Pada 2012, KPK menyerbu pejabat Encik Novanto di bangunan parlimen untuk mencari bukti rasuah projek berkaitan acara sukan kebangsaan Riau. Gabenor Riau, Rusli Zainal, dipenjara 14 tahun, namun penyiasat tidak mendapat bukti mencukupi untuk membabitkan Encik Novanto. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >