Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker Indonesia letak jawatan di sebalik dakwaan cuba dapatkan rasuah

Dec 17, 2015 | 10:36 AM



JAKARTA: Speaker Indonesia, Encik Setya Novanto, meletak jawatan sebagai ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), di sebalik dakwaan beliau cuba mendapatkan rasuah daripada sebuah syarikat perlombongan berpangkalan di Amerika Syarikat.


Langkah mengejut itu diambil hanya beberapa jam sebelum sebuah jawatankuasa parlimen memutuskan apakah ahli politik Parti Golkar itu melanggar peraturan etika apabila beliau cuba mendapatkan sogokan berbilion dolar daripada anak syarikat Freeport-McMoRan di Indonesia.


Tidak kurang 15 daripada 17 ahli majlis etika (MKD) yang sedang mendengar kes itu telah mengundi menentang beliau sebelum prosiding ditangguh pada 5.30 petang Rabu (16 Dis).


Baki dua ahli dijadual mengundi apabila perbicaraan disambung pada 8 malam, tetapi beberapa minit kemudian tersebar berita di Metro TV bahawa Encik Setya telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada MKD.


Akhbar The Straits Times melaporkan majlis itu mengesahkan sebelum 9 malam bahawa beliau telah meletak jawatan "untuk memelihara maruah Parlimen dan demi ketenteraman awam".


Sepuluh ahli MKD telah menuntut beliau dikenakan "sekatan sederhana", bermakna meletak jawatan speaker tetapi kekal sebagai anggota parlimen (MP).


Baki tujuh ahli, kebanyakan mereka daripada pakatan pembangkang yang turut dianggotai Golkar, menuntut "sekatan berat". Ini bermakna Encik Setya akan tahu mengenai nasibnya hanya selepas beliau menghadapi satu panel merangkumi tiga ahli MKD dan empat pemimpin masyarakat.


Panel itu mempunyai kuasa memutuskan apakah beliau juga harus kehilangan kerusinya di Parlimen. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau boleh terlepas daripada sebarang sekatan jika panel itu menyebelahinya.


Encik Setya dituduh cuba mendapatkan saham bernilai lebih AS$1 bilion ($1.4 bilion) dalam unit Freeport di Indonesia sebagai balasan membantu syarikat itu melanjutkan kontrak untuk beroperasi di wilayah Papua.


Beliau didakwa melakukan itu semasa mesyuarat dengan ahli perniagaan minyak Muhammad Reza Chalid dan ketua Freeport Indonesia, Encik Maroef Sjamsuddin.


Dalam mesyuarat itu, beliau menggunakan nama Presiden Joko Widodo, Naib Presiden Jusuf Kalla and Menteri Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Encik Luhut Pandjaitan.


Mesyuarat tersebut dirakam secara rahsia oleh Encik Maroef dan transkripnya telah dibentangkan di prosiding MKD, yang bermula pada 7 Disember bagi menentukan apakah Encik Setya telah melangar peraturan etika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >