Speaker Parlimen Malaysia melarang anggota parlimen pembangkang Tony Pua menyoal presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy, di televisyen nasional, dengan menegaskan ia akan menjejas siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) terhadap syarikat pelaburan negara itu.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata di Parlimen pada Selasa (3 Nov) bahawa Encik Pua "perlu meletak jawatan daripada PAC atau harus mengecualikan diri daripada perbicaraan mengenai 1MDB" jika beliau mahu menyoal Encik Arul di televisyen.