Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Speaker: Tunjuk sokongan ahli dewan sebelum usul tidak percaya ke atas PM Najib dibahaskan

Oct 21, 2015 | 05:26 PM



KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang sepatutnya menghantar senarai ahli Parlimen yang menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai salah satu cara untuk meluluskan usul tersebut di Dewan Rakyat, kata Speaker Dewan Negara, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.


Speaker Parlimen itu berkata, sekiranya pihak pembangkang menghantar senarai tersebut, beliau boleh mempertimbangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibahaskan.


"Siapa sahaja boleh membawa usul tersebut, namun perlu ikut peraturan mesyuarat 26 dan 27 dan ia perlu notis.


"Kalau itu dipenuhi, maka kita boleh letak dalam peraturan mesyuarat tetapi tidak semestinya setiap usul, terutama yang dibawa bukan kerajaan akan dapat dibahas.


"Kerana kita kena lihat peraturan mesyuarat 15," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, menyatakan bahawa langkah yang diambil oleh anggota parlimen PKR bagi Petaling Jaya Selatan, Encik Hee Loy Sian, yang sebelum ini mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib, adalah sebahagian strategi pembangkang.


"Ini soal strategi. Sebab kalau contohnya presiden failkan dulu sebelum mesyuarat majlis Pakatan (Harapan), ia nampak tak cantik sebab nampak macam PKR buat sendiri.


"Strateginya ialah kita buat mesyuarat majlis Pakatan dahulu untuk dapat tujuan itu.


"Kita (Hee) masukkan dulu bila dah endorse (diterima) dekat parlimen, kita tarik balik (usul Hee) dan Kak Wan akan usulkan. Tapi saya faham masyarakat nampak kepincangan," katanya kepada Malaysiakini.


Ditanya sama ada terdapat konspirasi 'mengenakan' Datuk Seri Wan Azizah Ismail dengan tindakan itu, Encik Rafizi menolaknya.


Encik Rafizi juga berkata, pembangkang tidak sempat bermesyuarat sebelum parlimen bersidang kerana kebanyakan pemimpin mereka berada di luar negara ketika itu.


Pertemuan hanya dapat dilakukan pada hari pertama parlimen bersidang, kata Rafizi.


Selepas mesyuarat bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP), PKR dan Parti Amanah Nasional (AMANAH), Datuk Seri Wan Azizah bersetuju membentangkan sendiri usul itu selepas ditegur DAP.


Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng, sebelum ini menggesa Encik Hee menarik balik usul undi tidak percaya itu kerana usul sepenting itu harus dibuat ketua pembangkang.


Lim berkata, perkara itu bukan kerja remeh seperti "permainan guli". - The Malaysian Insider, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >