KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno, memanggil satu perjumpaan khas dengan biro politik parti itu semalam menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.
Sesi di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu diadakan di tengah-tengah spekulasi hangat bahawa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dipecat selain kemelut dalaman parti yang kian meruncing.