SPRM kerah pegawai ke Asia Barat temui penderma wang ke 'akaun Najib'

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan sahaja telah mengambil keterangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu dana berjumlah RM2.6 bilion ($866 juta) dalam akaun peribadinya, tetapi turut menghantar pegawainya ke Asia Barat, baru-baru ini untuk menemui penderma wang itu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan. Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya ketika ditemui, di sini.

Pada Sabtu lalu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, pertemuan pihaknya dengan Datuk Seri Najib telah berlangsung selama dua setengah jam dan Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada agensi tersebut.

Malah, SPRM turut memberitahu ia akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa. - BHM, Astro Awani

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.