Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN PM LEE KE CHINA

S'pura, China selesai Rundingan Seterusnya bagi Program Kerja FTA

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dan Menteri Perdagangan China, Encik Wang Wentao, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi mengumumkan kesimpulan substantif Program Kerja Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura (CSFTA) untuk Rundingan Seterusnya di Beijing, China pada Sabtu.



Penandatanganan itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang.



Encik Gan berkata: "Kesimpulan substantif Rundingan Seterusnya adalah satu peristiwa penting. Ia menunjukkan kerjasama ekonomi dua hala yang erat dan lama antara Singapura dan China, serta komitmen berterusan kami terhadap perdagangan bebas dan sistem perdagangan berasaskan peraturan.



"Penambahbaikan kepada CSFTA juga akan membawa manfaat kepada perniagaan dari kedua-dua negara," tambahnya.



Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Rundingan Seterusnya memberikan hasil yang berkualiti tinggi dan berpandangan ke hadapan.



Ia juga meningkatkan CSFTA dalam beberapa bidang seperti menyediakan peraturan yang lebih liberal dan telus yang meratakan medan permainan untuk pelabur dan pembekal perkhidmatan dari satu negara ke negara lain.



Selain itu, ia juga menyediakan ketelusan yang dipertingkatkan dalam proses pengawalseliaan domestik, menggalakkan persaingan dan memudahkan penyertaan industri dalam aktiviti kerjasama untuk inovasi dan pembangunan.



Ia juga mewujudkan persekitaran kondusif yang membolehkan perniagaan merebut peluang dengan lebih baik dalam ekonomi masing-masing.



Singapura dan China kini akan berusaha ke arah menandatangani Protokol untuk Rundingan Seterusnya dalam tahun ini dan berharap dapat mula berkuat kuasa pada tarikh seawal mungkin untuk menyampaikan manfaat kepada kalangan perniagaan Singapura.




"Kesimpulan substantif Rundingan Seterusnya adalah satu peristiwa penting. Ia menunjukkan kerjasama ekonomi dua hala yang erat dan lama antara Singapura dan China, serta komitmen berterusan kami terhadap perdagangan bebas dan sistem perdagangan berasaskan peraturan."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >