SINGAPURA mengutuk pengeboman bas di Baitulmakdis yang mencederakan ramai orang awam yang tidak berdosa dan berharap mereka yang cedera dapat cepat sembuh.
Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam, Singapura juga yakin pihak berkuasa akan mengheret mereka yang bertanggungjawab di atas tindakan ganas itu ke muka pengadilan dengan pantas.