Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura, Perancis pertingkat hubungan menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif

Perjanjian dijangka dicapai jelang 2025, bertepatan ulang tahun ke-60 hubungan dua negara
Apr 12, 2024 | 06:27 PM



PARIS: Singapura dan Perancis akan berusaha mempertingkat hubungan dua hala melalui sebuah perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sebelum 2025, iaitu ulang tahun ke-60 hubungan dua negara itu.


Pengumuman itu dibuat selepas satu majlis jamuan malam antara Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan hos beliau, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, di Istana Elysee pada 11 April.

Demikian menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 12 April.

Peningkatan dalam hubungan kepada CSP mencerminkan kerjasama pelbagai bidang antara dua negara itu, dan hasrat bersama membangunkan rangka kerja yang berpandangan ke hadapan, bagi kerjasama dalam sektor baru, seperti ekonomi digital, menurut kenyataan MFA itu.

Perancis negara kedua selepas Australia yang mempunyai CSP dengan Singapura bagi memperdalam bidang kerjasama sedia ada dan mencernakan yang baru.

CSP menawarkan perjanjian meluas merangkumi lima tonggak – ekonomi dan perdagangan; pertahanan dan ehwal luar; sains dan inovasi; ekonomi digital; dan hubungan antara rakyat dua negara.

Semasa pertemuan mereka, Encik Wong dan Encik Macron menyatakan kerjasama dua hala antara dua negara itu semakin mendalam sejak perisytiharan bersama yang meningkatkan hubungan daripada perkongsian yang dipertingkat kepada perkongsian strategik ditandatangani pada Oktober 2012.

Perancis ialah negara Eropah pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Singapura pada 1965, dan satu-satunya negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang mempunyai perkongsian strategik dengan Singapura.

Kedua-dua pemimpin itu, yang melahirkan rasa puas hati dengan hubungan kukuh dan substantif antara dua negara itu, turut melancarkan Tahun Kelestarian Bersama Perancis-Singapura (JYOS).

Inisiatif sepanjang tahun itu akan menyerlahkan kerjasama dua hala dalam pembangunan mampan dan peralihan hijau.

JYOS akan mengadakan satu siri acara dan inisiatif berfokuskan kemampanan dari April 2024 hingga pertengahan 2025.

Acara itu diadakan bertepatan dengan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Singapura dan Perancis.

Encik Wong dan Encik Macron juga membincangkan cara meningkatkan lagi kerjasama antara Perancis dan rantau ini, termasuk mengenai inisiatif seperti grid kuasa Asean.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, sedang dalam lawatan rasmi ke Perancis dari 10 hingga 13 April. Beliau melawat Jerman dari 8 hingga 10 April.

Ini lawatan pertamanya ke Eropah sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM).

Singapura dan Perancis mempunyai hubungan pertahanan yang lama dan kerjasama ekonomi, keselamatan, budaya, penyelidikan dan pendidikan yang teguh.

Mereka juga memperdalam kerjasama dalam bidang baru, seperti ekonomi hijau dan digital, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, kemampanan dan keselamatan siber.

Perancis rakan dagangan kedua terbesar Singapura di EU, manakala Singapura rakan dagangan utama Perancis di Asean.

Jumlah perdagangan dua hala dalam barangan dan perkhidmatan lebih $30 bilion pada 2023.

Perancis pelabur EU keempat terbesar di Singapura, dengan hampir 2,600 perusahaan Perancis beroperasi di negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >