PETALING JAYA: Satu projek melibatkan kerja menambak secara besar-besaran dekat laluan kedua di seberang Tambak telah mencetuskan keprihatinan Singapura.
Projek bernama Forest City itu yang dikatakan meliputi beberapa pulau kecil dengan saiz keseluruhan tanah sekitar 2,000 hektar - lebih besar daripada Pulau Pangkor - berisiko mengakibatkan kesan rentas sempadan yang menjadi kebimbangan negara ini, menurut satu laporan akhbar The Star.