Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura tawar kemudahan IFC kesan pesawat

Mar 18, 2014 | 02:27 PM



ANGKATAN Tentera Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Pusat Fusion Maklumat (IFC) yang mempunyai rangkaian dengan 13 tentera laut dan 51 syarikat perkapalan awam di seluruh dunia bagi mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.


SAF dalam kenyataannya menyatakan, IFC telah mengaktifkan rangkaiannya dengan kapal-kapal untuk melaporkan sebarang pemandangan luar biasa di kawasan carian yang ditetapkan. Lebih banyak syarikat dijangka akan dihubungi.


Kenyataan itu menyebut, IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat.


Menurut SAF, pesawat peronda Tentera Laut Republik Singapura Fokker-50 (F-50 MPA) yang telah dikerahkan ke Pangkalan Udara Malaysia di Butterworth, Pulau Pinang pada 14 Mac lepas, telah kembali ke Singapura pada Isnin lalu.


Ini menyusuli keputusan kerajaan Malaysia menghentikan operasi mencari dan mengesan di Laut China Selatan dan Selat Melaka.


SAF menambah, ia bersedia memberikan bantuan lanjut bagi menyokong usaha antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >