Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura, Vietnam meterai perjanjian perkukuh kerjasama sosial
Premium
S'pura, Vietnam meterai perjanjian perkukuh kerjasama sosial
Mar 25, 2017 | 5:30 AM
S'pura, Vietnam meterai perjanjian perkukuh kerjasama sosial
LAWAT KOLEJ: Cik Lee (kedua dari kanan) memerhatikan seorang guru di Kolej Pendidikan Nasional membacakan buku untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Turut hadir ialah Encik Andrew Tan, anggota Sukarelawan Antarabangsa Singapura (kiri);dan Cik Jean Tan, Pengarah Eksekutif SIF (kedua dari kiri). - Foto SIF -
YAYASAN Antarabangsa Singapura (SIF) dan Persatuan Persahabatan Vietnam-Singapura (VSFA) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) semalam bagi mengesahkan komitmen memperkukuh pemahaman rentas budaya dan warga antara Singapura dengan Vietnam.
Ini akan dicapai menerusi kerjasama mengenai projek dan inisiatif bagi dua tahun mendatang yang akan melibatkan para pemimpin daripada kededua negara bagi mendorong inovasi sosial dan keusahawanan, pertukaran seni dan budaya serta kerjasama sukarelawan.
