Status halal 1.3 juta ayam sembelihan di Malaysia diragui

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.

Ini diakui sendiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana kebanyakan premis itu tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa tempatan.

Hanya 300,000 ayam sehari (20 peratus) yang disembelih di 23 loji penyembelihan berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijamin halal serta mendapat akreditasi Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices (GVHP).

Terdapat 1,914 pusat penyembelihan unggas di Semenanjung yang menyembelih sebanyak 1.6 juta ayam sehari.

Sebanyak 802 premis beroperasi di pasar basah, manakala 1,089 premis di luar pasar basah.

Justeru, Datuk Ismail Sabri meminta semua kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Perladangan Unggas Negeri dengan mewajibkan pusat penyembelihan ayam, itik atau puyuh melesenkan pusat mereka supaya dapat dipantau semua pihak, termasuk Jakim. - BHM

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.