Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suami, isteri, anak, puluhan kawan, ribuan rakyat Afghanistan lahir pada hari sama - 1 Januari

Dec 31, 2017 | 04:35 PM



KABUL:  1 Jan  hari lahir Samad Alawi. Ia juga hari jadi isterinya, dua anak mereka,  32 kawannya dan beribu-ribu orang Afghanistan  lain.



Sebenarnya,  tarikh itu  dipilih demi  kemudahan sahaja oleh generasi rakyat Afghanistan yang tidak tahu bila  mereka dilahirkan.



Disebabkan  tiada sijil kelahiran atau rekod rasmi, ramai orang Afghanistan telah lama menggunakan musim atau peristiwa sejarah untuk membantu menentukan umur mereka.



Tetapi letupan rangkaian media sosial seperti Facebook, yang memerlukan pengguna  mendaftarkan tarikh lahir mereka,   dan permintaan  semakin meningkat bagi  pasport dan visa  memaksa rakyat   Afghanistan  memilih satu hari – sembarang hari – sebagai tarikh lahir mereka.



1 Jan  menjadi pilihan umum,  lebih disebabkan tujuan praktikal.



“Seolah-olah semua rakyat Afghanistan lahir pada   1 Januari,” kata Samad Alawi,  berusia 43 tahun.



Malah mereka yang tahu tarikh kelahiran mereka sering memilih 1 Jan kerana  tidak mahu menghadapi kerumitan menukar hari jadi mereka daripada kalendar Hijrah,   yang hanya digunakan di Afghanistan dan Iran.



“Apabila saya mula membuat akaun Facebook  pada 2014, lebih mudah memilih 1 Januari sebagai hari jadi saya,”   kata Alawi kepada AFP.



“Internet juga perlahan dan sukar untuk menukar tarikh ke kalendar Barat.”



 Malah kad pengenalan rasmi, atau tazkira, yang dipegang oleh kebanyakan rakyat  Afghan tidak memberi  kejelasan rasmi,    dengan umur seseorang “ditentukan berdasarkan rupa fizikal”.



“Tazkira saya berkata saya berusia tiga tahun pada tahun 1365   Hijrah (1986). Itulah   tahun  tazkira saya dikeluarkan,” kata Abdul Hadi, yang kini berusia 34 tahun, kepada AFP.



“Tidak ada ruangan   untuk tarikh kelahiran di tazkira Afghanistan. Bagaimana   anda dapat ingat   tarikh lahir anda jika anda tidak mempunyai rekodnya?”



Pihak berkuasa cuba     mengubah keadaan itu.



Pada  tahun-tahun kebelakangan ini, hospital di bandar-bandar utama Afghanistan  telah mula mengeluarkan sijil kelahiran bagi bayi yang baru dilahirkan  –  sesuatu yang tidak dilakukan bagi   generasi lampau.



Pemerintah  juga merancang  mengeluarkan e-Tazkira, atau kad pengenalan national menggunakan komputer,  yang termasuk tarikh lahir, jika diketahui.



Tetapi prosesnya  terhenti  bertahun-tahun disebabkan  masalah politik dan teknikal.



Dek  ketiadaan rekod rasmi, beberapa ibu bapa  berpendidikan mencuba  merekodkan hari lahir anak  mereka pada  kertas yang kemudian sering disimpan dalam Al-Quran. – AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >