Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Mar 06, 2018 | 03:10 PM



SHAH ALAM: Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari lalu.



Armin, 53 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.



Mengikut pertuduhan, Armin yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.



Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada 4 pagi, 25 Februari lalu.



Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.



Ziana tidak hadir pada prosiding mahkamah semalam, lapor BH Online Malaysia hari ini.



Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.



"Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.



"Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital," katanya.



Majistret Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 ($3,376) kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.



Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.



Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.



Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.



Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, 50 tahun, yang popular dengan lagu Kemelut Di Muara Kasih dan filem Sembilu berkahwin dengan Armin yang merupakan bekas pramugara kanan Malaysian Airlines (MAS) pada 9 Mei 1998.



Pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19 tahun; Muhammad Ammar, 14 tahun serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, sembilan tahun.



Sementara itu, ketika dihubungi semalam, Ziana memohon diberi ruang berdepan kes suaminya.



Memberitahu BH Online Malaysia, Ziana dalam nada sebak berharap semua pihak terutama peminat faham dengan situasi yang sedang dihadapinya.



"Saya perlukan ruang seketika dan berserah kepada Allah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >