Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suasana suram selubungi sambutan Krismas bagi Kristian di Palestin

Serangan di Gaza yang terus diperhebat turut jejas suasana perayaan di rantau Timur Tengah
Dec 24, 2023 | 04:56 PM



BAITUL LAHAM/ DAMSYIK: Kesuraman sambutan Krismas di Palestin dan Syria bagi penganut agama Kristian dapat dikesan meskipun mereka masih lagi berhimpun di gereja untuk menyanyikan lagu tanda syukur dalam ruang yang diterangi lilin.


Bagaimanapun, doa yang dihimpunkan lebih pada memohon keamanan di Gaza dan tidak seperti perayaan tahun-tahun sudah di mana suasananya lebih ceria, apa lagi Baitul Laham sentiasa menjadi tumpuan setiap Krismas kerana itulah tempat yang diyakini penganut Kristian sebagai tempat kelahiran Nabi Isa as.


Dengan kempen Israel di Gaza yang menamatkan riwayat lebih 20,000 penduduk, sebagaimana yang disahkan pihak berkuasa kesihatan di enklaf kendalian Hamas, kebanyakan penduduk Palestin di Baitul Laham, Tebing Barat, diselubungi kesyahduan berkabung.

Pada 2023, mereka memutuskan untuk tidak meraikan Krismas dengan enggan membeli pepohon Krismas yang besar lagi menjadi tumpuan sambutan perayaan di Baitul Laham, kerana konflik yang berlaku, hanya pada jarak 50 kilometer daripada situ.

Sebagai gantian paparan tradisional patung-patung yang biasanya kelihatan sebagai lambang kesucian, gereja Baitul Laham meletakkan patung tersebut di tengah-tengah runtuhan dan kawat berduri sebagai gambaran penyatuan hati dengan penduduk Gaza.

“Baitul Laham membawa pesanan keamanan kepada seluruh dunia. Dari tempat suci ini, kami menyampaikan pesanan keamanan. Hentikan perang, hentikan mengalirnya darah, pembunuhan dan balas dendam,” kata Paderi Ibrahim Faltas.

Penganut Kristian membentuk sekitar dua peratus daripada penduduk di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki, jelas Protecting Holy Land Christians, kempen yang dianjurkan oleh ketua-ketua gereja di Baitulmakdis, dengan sebilangan kecil mereka berada di Gaza.


Buat masa ini, rejim Israel masih meneruskan peperangan terhadap Palestin dengan cuba mengawal sepenuhnya bahagian utara Gaza ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memohon lebih banyak bantuan disalurkan.

Menurut penduduk, rejim Israel terus mara bergerak memasuki lebih banyak kawasan di bandar Jabalia dengan serangan udara dan tembakan dari kereta kebal dilaporkan berterusan.

Sementara itu, perang yang dicetuskan oleh serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, telah menghalang kebanyakan pelancong asing daripada menyambut Krismas di Baitul Laham.

Di Damsyik, Syria pula, keceriaan menyambut Krismas kurang dirasakan meskipun cahaya lampu berkerdipan di kawasan beli-belah. Gereja utama di kota ini membataskan perayaan hanya sebagai perhimpunan berdoa seiringan dengan rakyat Palestin yang menderita ekoran perang di Gaza.

“Di Palestin, tempat kelahiran Nabi Isa as, orang ramai menderita,” kata Ketua Biskop Katolik di Syria, Mor Dionysius Antoine Shahda, kepada agensi berita AFP.


Daerah pusat Azizia di utara Syria biasanya menjadi ‘rumah’ kepada bazar perayaan Krismas yang sibuk di samping paparan pokok Krismas yang besar, manakala jalan-jalannya dihiasi dengan lampu dan perhiasan.

Bagaimanapun tahun ini, dataran utamanya hampir kosong dan tiada hiasan Krismas kelihatan.

“Di Syria kami membatalkan semua perayaan dan majlis rasmi di gereja kami sebagai solidariti dengan mangsa pengeboman di Gaza gara-gara tindakan tentera Israel,” kata Ketua Biskop Shahda.

Gereja Katolik Syria tidak bersendirian, dalam mengambil langkah sambutan suram ini. Pemimpin di tiga gereja utama Syria - Ortodoks Yunani, Ortodoks Syria dan Katolik Yunani Melkite - mengumumkan bahawa mereka membatalkan perayaan Krismas dan mengehadkan perayaan kepada upacara keagamaan. “Memandangkan keadaan semasa, terutamanya di Gaza, pihak pemimpin gereja memohon maaf kerana tidak menerima ucapan Krismas dan Tahun Baru,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama sambil menambah mereka mengehadkan upacara sambutan Krismas kepada berdoa untuk kesejahteraan di Palestin. – AFP/Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >