MANILA: Militan Asia Tenggara yang mendakwa menganggotai pertubuhan IS di Asia Barat, berkata mereka sudah memilih salah seorang individu paling dikehendaki di Filipina mengetuai cabang kumpulan radikal itu di rantau berkenaan.
Dakwaan dibuat menerusi video yang baru-baru ini disiarkan di media sosial, kemungkinan minggu lalu, kata pegawai perisikan tentera di Filipina.