Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Johor gesa orang Melayu jangan 'mahu jadi orang Arab'

Mar 24, 2016 | 11:18 AM



JOHOR BARU: Sultan Johor menggesa orang Melayu supaya tidak membuang budaya unik mereka, sambil berkata beliau terganggu bahawa sesetengah orang mahu orang Melayu berhenti mengamalkan ucapan salam tradisional.



Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkata beliau berpegang pada "adat dan tradisi saya sebagai orang Melayu kerana saya dilahirkan sebagai orang Melayu".



"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, dan tidak mahu mengikuti adat istiadat Melayu dan tradisi kita, itu terpulang pada anda.



"Saya juga mengalu-alukan anda tinggal di Arab Saudi.



"Itu hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya jujur dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa raja mereka," katanya.



Beliau berkata, sebagai contoh, beliau lebih suka menggunakan istilah seperti Hari Raya daripada Eid al-Fitr, atau buka puasa dan bukan iftar.



"Saya menggunakan istilah Melayu ini sejak kanak-kanak dan bercakap dengan arwah ayah saya sejak 50 tahun lalu.



"Saya tidak berhasrat menggantikan istilah-istilah ini dengan istilah Arab," katanya.



Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa adalah salah untuk menghukum seseorang.



"Allah akan menghukum anda. Jika anda ingin menasihati seseorang, panggillah dia ke tepi dan berbisik kepadanya, jangan memalukannya," ujar beliau.



Sultan Ibrahim turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat kerana baru-baru ini memasang notis di jalan raya mengingatkan wanita Islam mengenai dosa tidak menutup rambut mereka.



"Ini salah. Ini bukan peranan mereka. Sejak bila JKR terlibat dalam perkara ini?" tanyanya.



"Sejak bila JKR, baik di peringkat daerah mahupun negeri, ditugaskan menjaga hal agama? Tugas utama mereka ialah memastikan jalan raya dijaga dengan baik dan bukan bimbang tentang rambut wanita," kata Sultan Ibrahim.



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad, kemudian berkata pegawai bertanggungjawab ke atas perkara itu telah diarah menurunkan notis tersebut.



Sultan Ibrahim juga berkata beliau mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap rakyat Malaysia kerana majoriti daripada mereka baik dan warak.



Begitu juga berkata "bukan urusan jabatan kerajaan untuk bimbang tentang pakaian rakyat. Lakukan apa yang anda dibayar untuk lakukan dan jaga urusan sendiri".



Mengenai mesyuarat baru-baru dengan kumpulan-kumpulan agama di Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Ibrahim berkata orang Arab kini semakin terbuka.



"Mereka semakin terbuka. Sebelum ini wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan memandu tetapi mereka secara beransur-ansur membenarkannya. Sesetengah wanita bahkan menyertai politik," kata beliau, sambil menambah bahawa keadaannya sama di Iran. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >