Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Johor ingatkan ahli politik usah campur tangan ehwal istana

Aug 28, 2015 | 5:25 PM
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar fail The Star
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar fail The Star -

JOHOR BAHRU: Sultan Johor telah memberi amaran kepada ahli politik dengan mengingatkan mereka supaya jangan campur tangan dalam ehwal istana atau membuat kenyataan berkaitan dengan istana.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkata, beliau mahu memberi nasihat kepada semua ahli politik berikutan beberapa kenyataan angkuh yang dibuat oleh beberapa pihak.

"Ini adalah amaran kepada semua ahli politik dan di antara mereka, anggota dewan Kempas.

"Ada juga mereka yang berkata mereka hendak memukul anak lelaki saya.

"Inikah pemimpin yang kita harus hormati," kata beliau dalam satu ucapan selepas menghadiri solat Jumaat.

Sultan Johor sebelum itu telah melancarkan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di ibu pejabat wilayah Johor.

Ahli dewan undangan negeri Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat sebelum ini dilaporkan berkata seorang jutawan telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan seorang anggota kerabat Diraja untuk menyediakan khidmat keselamatan di Iskandar Malaysia. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg