Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Selangor beri peringatan masjid, surau tidak dijadikan propaganda politik

Mar 14, 2023 | 03:35 PM



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian.


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarah memastikan masjid dan surau bebas dari unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.


Menurut Sultan Sharafuddin, masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca perbalahan dan sengketa yang akan membina jurang pemisah atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tidak berkesudahan.


“Ini berlaku lantaran terdapat penceramah-penceramah tertentu ketika memberi ceramah di masjid dan surau telah mengambil kesempatan untuk menyindir, menghina, mencaci malah memfitnah pihak-pihak dan golongan tertentu atas sebab perbezaan fahaman politik,” katanya pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal keenam Dewan Negeri Selangor pada Isnin.


Sultan Sharafuddin melahirkan kebimbangan keadaan itu akan memecah belah umat Islam khususnya orang Melayu jika budaya itu tidak dibendung. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >