Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sumber: Data tunjuk Pesawat MH370 sengaja diterbangkan ke arah Andaman

Mar 14, 2014 | 05:40 PM



KUALA LUMPUR (REUTERS) - Bukti-bukti dari pengesanan radar tentera menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak seminggu lalu telah sengaja diterbangkan melintangi semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, kata sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan memberitahu agensi berita Reuters hari ini.


Dua sumber itu berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenalpasti, dipercayai pesawat MH370, telah mengikuti laluan antara pengemudian waypoints.


Ini menunjukkan ia diterbangkan oleh seseorang yang mempunyai latihan penerbangan bila plot radar tentera itu kali terakhir mengesan pesawat berkenaan.


Plot radar tentera itu menunjukkan pesawat tersebut sedang menuju ke Kepulauan Andaman, antara Laut Andaman dan Teluk Benggala, kata mereka.


Waypoints adalah lokasi geografi yang dihasilkan dengan mengira garisan bujur dan garisan lintang yang dapat membantu juruterbang mengemudi kepal terbangnya di sepanjang koridor udara yang telah ditetapkan.


Sumber ketiga yang juga rapat dengan penyiasatan pula berkata, siasatan kian memberi fokus pada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat dengan sengaja mengubah haluan penerbangan beberapa kilometer dari laluan yang ditetapkan dari Kuala Lumpur ke Beijing.


"Apa yang kami dapat katakan adalah kami sedang melihat sebuah kes sabotaj, dengan kemungkinan pesawat dirampas masih diteliti," kata sumber itu, seorang pegawai kanan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >