Sumber: Najib dilapor akan temu agensi pencegah rasuah

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan memberi kenyataan kepada agensi pencegah rasuah hari ini mengenai dana RM2.6 bilion ($863.4 juta) yang dipindahkan ke akaun banknya, kata satu sumber yang mengetahui tentang pertemuan tersebut.

Datuk Sri Najib menghadapi gesaan supaya mengundur diri ekoran dakwaan skandal rasuah membabitkan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan tersebut muncul Julai lalu apabila akhbar Wall Street Journal melaporkan bahawa para penyiasat mendapati wang telah disalurkan ke dalam akaun bank Datuk Najib.

Sumber tersebut berkata, Pesuruhjaya Anti-Rasuah Malaysia (MACC) akan mengambil kenyataan berkaitan siasatan dakwaan rasuah di 1MDB dan subsidiarinya, SRC International.

Seorang jurucakap di Pejabat Perdana Menteri tidak mengesahkan sama ada Datuk Najib akan disoal-siasat oleh MACC hari ini, tetapi menyatakan Perdana Menteri Malaysia telah membuat komitmen untuk memberi kenyataan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.