Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suri rumah dipenjara 8 bulan hina Agong

Mar 25, 2018 | 04:45 PM



KOTA BHARU (Kelantan): Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 25 Mac    atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.



Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsiah Samsuddin, 44 tahun, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.



Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa melalui Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada   5.31 petang 25 April 2017.



Kenyataan itu didakwa dibaca pada 26 April 2017 di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa di sini.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah  Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman  denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanyanya.

 

Tertuduh tidak diwakili peguam.



Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan anaknya masih bersekolah.



Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya  Hajarul Falenna Abu Bakar  Falenna meminta hukuman setimpal dikenakan memandangkan orang dinyatakan dalam Facebook terbabit ialah  Yang di-Pertuan Agong. – BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >