BRUSSELS: Syarikat teknologi seperti Facebook, Alphabet yang dimiliki Google serta Twitter perlu berusaha lebih gigih untuk menangani masalah berita palsu, kata Suruhanjaya Eropah, dua tahun selepas syarikat-syarikat bersetuju mematuhi kod peraturan sendiri untuk berbuat demikian.
Berita palsu berhubung Covid-19 telah mempertingkat gesaan di media sosial untuk syarikat-syarikat teknologi menjadi lebih proaktif dalam memerangi masalah itu.