Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek keturunan Afghanistan letupan di Amerika ditangkap

Sep 20, 2016 | 08:16 AM



NEW YORK: Suspek letupan di Manhattan pada Sabtu (17 Sep) dan pengeboman lebih awal di New Jersey, Ahmad Khan Rahami, ditangkap pada Isnin (19 Sep) selepas dia cedera dalam pertembungan dengan polis, menurut pegawai penguatkuasa undang-undang.



Tembak-menembak dramatik di jalan raya di Linden, New Jersey, itu berlaku selepas polis mengeluarkan amaran telefon bimbit kepada berjuta-juta penduduk di kawasan itu, memberitahu mereka supaya melihat-lihat akan seorang suspek yang digambarkan sebagai "bersenjata dan berbahaya".



Satu sumber penguatkuasaan undang-undang memberitahu Reuters Rahami akan dikenakan lima pertuduhan cuba membunuh dan dua pertuduhan berkaitan senjata api.



Gambar dari tempat kejadian menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai Rahami terbaring di kaki lima, dengan tangannya digari di belakang dan bajunya ditarik ke atas mendedahkan perut dan dadanya, dengan seorang pegawai polis mengawasinya.



Saksi berkata mereka melihat polis menembak seorang lelaki yang sedang melarikan diri. Seorang saksi berkata lelaki itu kelihatan ditembak lebih daripada sekali dan "masih bergerak-gerak". Beliau juga berkata nampaknya seorang pegawai polis juga ditembak.



Rahami, 28 tahun, dikenal pasti video pengawasan sebagai orang yang meletak bom di Chelsea, satu meletup dan satu lagi tidak.



Dia digambarkan sebagai seorang warga Amerika berketurunan Afghanistan yang tinggal bersama keluarganya di Elizabeth, New Jersey.



Masih tidak jelas apakah ada suspek lain yang sedang dicari polis.



Gabenor New York, Encik Andrew M. Cuomo, yang pada Ahad berkata serangan itu tidak kelihatan ada kaitan dengan pengganasan antarabangsa, berkata bukti baru mungkin mengubah pemikiran itu.



"Saya tidak akan terkejut jika perbuatan itu ada kaitan asing," katanya di CNN pagi Isnin (19 Sep).



Rahami dilahirkan pada 23 Januari 1988 di Afghanistan.



Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang berkata mereka mempunyai bukti kukuh Rahami ada kaitan bukan dengan letupan di Chelsea di Manhattan sahaja, bahkan pengeboman pada Sabtu di Jersey Shore.



Mayor Elizabeth, Encik J. Christian Bollwage, menggambarkan keluarga Rahami mempunyai isu-isu dengan bandar itu pada masa lalu, terutamanya berkaitan operasi restoran keluarga mereka, First American Fried Chicken.



Bapa Rahami, Encik Muhammad, membuka restoran itu kira-kira sedekad lalu dan menggajikan anak-anaknya.



Ia dibuka 24 jam sehari, tetapi jiran mengadu tentang pelanggan bergaduh di situ, biasanya selepas tengah malam, serta melepak dan membuang air kecil di jalan masuk ke rumah orang.



Restoran itu kemudian diarah ditutup pada 10 malam, tetapi keluarga tersebut tidak mematuhi arahan itu.



"Mereka sentiasa mendapat aduan daripada jiran-jiran, ia menimbulkan kesusahan kepada penduduk di kejiranan itu," kata seorang penduduk, Encik Dean McDermott.



Pada satu ketika apabila polis datang untuk memaksa restoran itu ditutup, salah seorang saudara Rahami bergaduh dengan pegawai polis dan ditangkap. Sebelum kes itu dapat diselesaikan, beliau melarikan diri ke Afghanistan, menurutnya.



Mayor itu mengesahkan keluarga Rahami menyaman beliau, majlis bandar raya dan kira-kira 20 pegawai polis, mendakwa dia didiskriminasi kerana bangsa dan keturunannya.



Namun, beliau berkata kes itu tidak ada kena-mengena dengan soal kaum atau agama. - New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >