Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek serangan kereta api Perancis dituduh cuba bunuh ala pengganas

Aug 26, 2015 | 10:59 AM



PARIS: Lelaki Maghribi dalam serangan di sebuah kereta api laju Perancis minggu lepas telah dikenakan tuduhan melakukan serangan militan "tersasar dan terancang" yang akan berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai jika penumpang tidak campur tangan.


Ayoub El Khazzani, warga Maghribi, didakwa cuba melakukan pembunuhan bersifat pengganasan.


Semalam, pendakwa raya Paris, Encik Francois Molins, berkata Khazzani menaiki kereta api laju di Brussels Jumaat lalu bersenjatakan senapang serangan Kalashnikov dan 270 butir peluru, serta sepucuk pistol Luger, sebotol petrol dan pemotong kotak.


Lelaki berusia 25 tahun itu keluar dari kubikel tandas bersenjata dan tanpa memakai baju, tetapi dapat ditundukkan dua askar muda Amerika Syarikat yang tidak bertugas serta kawan mereka dan seorang konsultan Britain berusia 62 tahun.


Seorang lelaki ditembak dan cedera dalam kes itu.


Dakwaan Khazzani bahawa dia hanya merancang untuk merompak penumpang "hampir tidak boleh dipercayai", kata Encik Molins, sambil menambah bahawa dia semakin mengelak apabila menjawab pertanyaan polis dan tidak respons langsung Isnin lalu.


Sementara itu, ibu negeri California, Sacramento, menyatakan ia akan mengadakan perarakan bagi memberi penghormatan kepada tiga warga Amerika yang menundukkan Khazzani: askar Alek Skarlatos dan Spencer Stone, masing-masing berusia 22 dan 23 tahun, serta pelajar universiti Anthony Sadler, juga 23 tahun. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >