KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil akan berasa lega apabila mereka tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi susu formula.
Selain susu untuk kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan, gula, beras, buku-buku agama dan pertambahan 1,315 jenama ubat-ubatan juga telah disenaraikan sebagai sebahagian daripada perkara berkadar sifar.