JAKARTA: Bilangan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia, pada minggu lalu meningkat kepada hampir 84,000 orang.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata bahawa kebanyakan mangsa atau 82,122 orang merupakan penduduk di kawasan yang terjejas teruk di Pidie Jaya dan selebihnya di Bireuen.