YANGON: Pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, tiba di Rakhine semalam, bagi lawatan pertamanya ke negeri di utara negara itu.
Seorang pegawai Myanmar berkata kunjungan Cik Suu Kyi ke kawasan yang menyaksikan kira-kira 600,000 Muslim Rohingya diusir dan melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dalam kempen tentera, dilakukan secara mengejut.