Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suu Kyi nafi berlaku 'pembersihan etnik' di Myanmar

Apr 06, 2017 | 10:05 AM



LONDON (Britain): Pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, menyifatkan 'pembersihan etnik' sebagai satu istilah yang melampau untuk menggambarkan apa yang telah berlaku di rantau Rakhine, di mana majoriti penduduknya adalah Muslim, lapor laman berita BBC semalam (5 Apr).



"Saya tidak fikir pembersihan etnik kini berlaku," kata Cik Suu Kyi semasa diwawancara BBC apabila ditanya sekiranya beliau akan dikenang sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel yang tidak mengendahkan pembersihan etnik yang berlaku di negaranya sendiri.



"Saya fikir pembersihan etnik adalah satu ekspresi yang melampau untuk menggambarkan apa yang berlaku," ujarnya.



Beliau menghadapi kritikan antarabangsa disebabkan cara pemerintahnya menangani krisis di rantau Rakhine yang majoriti penduduknya adalah penganut agama Islam.



Serangan di pondok pengawal di sempadan Myanmar pada Oktober tahun lalu oleh sekumpulan pemberontak yang tidak diketahui telah mencetuskan krisis terbesar dalam pentadbiran Cik Suu Kyi sekarang, dengan lebih 75,000 orang dari masyarakat Rohingya melarikan diri ke Bangladesh akibat serangan tentera Myanmar.



Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan awal tahun ini menyatakan bahawa pasukan keselamatan Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dan rogol berkumpulan ke atas kaum Rohingya semasa kempen mereka memerangi pemberontak, yang boleh disifatkan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.



Pihak tentera menafikan tuduhan itu, dengan menyatakan bahawa ia berdepan dengan pihak pemberontak dengan cara yang sah dari segi undang-undang menerusi operasi serang balas.



"Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk menyatukan, bukan penindasan," kata Cik Suu Kyi kepada BBC. "Ia juga melibatkan pembunuhan oleh Muslim ke atas Muslim juga."



Ditanya oleh BBC sama ada tanggapan bahawa beliau merupakan gambaran identiti wira pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, dan biarawati Mother Teresa, yang membantu golongan miskin di Calcutta, India, adalah tidak tepat kerana dia lebih menyerupai gaya pemimpin Britain, Margaret Thatcher, beliau berkata:



"Tidak. Saya hanya seorang ahli politik. Saya tidak serupa Margaret Thatcher, tidak. Tetapi di sebaliknya, saya juga bukan Mother Teresa." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >