KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Sweden telah memberi kebenaran kepada wakil ahli keluarga untuk menemui empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan untuk siasatan kerana memukul tangan seorang anak yang tidak bersolat.
Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata kebenaran dan persetujuan itu diperoleh kelmarin hasil usaha berterusan wakil Kedutaan Malaysia mendapatkan kerjasama pihak di negara berkenaan.