Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Switzerland buka prosiding jenayah ke atas bank 'berkaitan siasatan berhubung 1MDB'

May 24, 2016 | 03:29 PM



PEJABAT Peguam Negara (OAG) Switzerland telah membuka pada Isnin (23 Mei) prosiding jenayah terhadap sebuah bank negara itu, BSI SA.



Prosiding jenayah terhadap BSI SA itu dibuka berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh prosiding jenayah berkaitan IMDB dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Penguasa Penyeliaan Pasaran Kewangan (FINMA) negara itu pada 23 Mei lalu.



BSI adalah syarikat induk BSI Bank di Singapura yang pada Selasa (24 Mei) diarah ditutup oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



OAG mengesyaki ada kelemahan pada susunan dalaman BSI SA. Dipercayai bahawa disebabkan kelemahan itu, bank tersebut tidak dapat mencegah berlakunya kesalahan berkaitan 1MDB, syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang sedang disiasat.



Maklumat menunjukkan kesalahan berkaitan pengubahan wang haram dan merasuah pegawai awam asing yang sedang disiasat berhubung kes 1MDB boleh dielak jika BSI SA disusun secukupnya.



Undang-undang Switzerland membolehkan syarikat didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah munasabah yang diperlukan bagi menghalang pihak ketiga melakukan kesalahan, dan menghalang kesalahan pengubahan wang haram atau rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >