Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat disenarai-hitam dek salah cetak kedudukan negeri Melaka

Dec 30, 2015 | 04:03 PM



PUTRAJAYA: Gara-gara tersilap cetak kedudukan negeri Melaka dalam peta Malaysia bagi sebuah buku sejarah, sebuah syarikat pencetak buku telah disenarai hitam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Seri Khairil Awang, berkata penerbit yang menyumber luar syarikat pencetak berkenaan turut dikenakan tindakan, termasuk diberikan amaran.


Datuk Seri Khairil berkata, buku teks berkenaan dan buku teks Bahasa Melayu Tahun Enam bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang turut dicetak semula akan diedarkan ke sekolah sebelum hujung Januari depan.


"Kos cetakan semula buku teks Sejarah Tahun Enam ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pencetak.


"Selain itu, buku teks lain yang keseluruhannya berjumlah 29.2 juta sudah pun diedarkan di sekolah seluruh negara untuk kegunaan pelajar sesi 2016, termasuk 18 juta buku rosak yang dicetak semula dan 11.2 juta buku teks baharu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Mengulas mengenai kesilapan cetakan buku teks Sejarah itu, Datuk Seri Khairil berkata, kesilapan itu berpunca daripada masalah teknikal mesin pencetak hingga menyebabkan kedudukan negeri Melaka berada di bahagian pantai timur Semenanjung.


Mengenai buku teks Bahasa Melayu, beliau berkata, cetakan semula dilakukan selepas Kabinet bersetuju standard bahasa dalam buku berkenaan tidak diselaraskan antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJK.


Katanya, semua buku teks oleh Kementerian Pendidikan melalui proses penghasilan yang teliti dan memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bermula daripada penerimaan Dokumen Standard dan Pentaksiran (DSKP).


"Sebanyak empat peringkat terbabit dalam penghasilan buku teks, termasuk Pruf Muka Surat, Naskhah Sedia Kamera, Naskhah Contoh dan Naskhah Edar.


"Setiap peringkat berkenaan mempunyai panelnya tersendiri terdiri daripada beberapa pakar dalam bidang masing-masing," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >