JAKARTA: Syarikat Google, Alphabet Inc., telah menandatangani perjanjian bekerjasama dengan tiga syarikat telekomunikasi Indonesia bagi menguji belon yang berupaya menyediakan kemudahan Internet di seluruh Indonesia.
"Ia memerlukan sejumlah syarikat dan pemerintah dan pertubuhan berganding bahu bagi menyediakan perhubungan bagi semua penduduk, namun kami begitu teruja memainkan peranan," kata Encik Sergey Brin, pengasas bersama syarikat itu yang kini berpangkalan di Mountain View, California.