Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat M'sia import bekalan petrol dari S'pura

Dec 02, 2014 | 01:53 PM



PUTRAJAYA: Syarikat-syarikat minyak telah mengambil tindakan mengimport bekalan petrol RON 97 tambahan dari Singapura bagi menampung kekurangan bekalan di negara ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Hasan Malek, berkata, proses untuk menambah jumlah di gudang syarikat-syarikat minyak sedang dijalankan dan sektor selatan telah mula menerima bekalan hari ini.


Menurutnya, proses mengimport bekalan tambahan dari Singapura mengambil sedikit masa dan masalah bekalan dijangka selesai dalam minggu ini, lapor Utusan Malaysia.


"Berdasarkan aduan orang ramai dan pemeriksaan dilakukan Bahagian Penguat Kuasa memang terdapat beberapa stesen minyak telah mengalami kehabisan simpanan minyak jenis RON 97.


"Syarikat-syarikat telah memaklumkan kepada kementerian bahawa akan terdapat kehabisan stok kerana bekalan habis lebih awal daripada yang diunjurkan," katanya.


Menurut beberapa akhbar Malaysia semalam, keghairahan pemandu kenderaan yang mula beralih menggunakan minyak RON97 ekoran perbezaan terkini harga bahan api itu hanya 20 sen seliter lebih mahal berbanding RON95 menyebabkan kebanyakan stesen minyak di Lembah Klang kehabisan bekalan petrol tersebut. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >