Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Syarikat penerbangan MyAirline gantung operasi ekoran tekanan kewangan

Baru 10 bulan beroperasi, penumpang marah pengumuman mendadak
Oct 12, 2023 | 11:02 AM



KUALA LUMPUR: Selepas hanya 10 bulan beroperasi, syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada Khamis hingga diberitahu kelak.


Keputusan penggantungan itu dibuat kerana tekanan kewangan, sementara menunggu penyusunan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat itu.

“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar ini dibuat, selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal bagi mengelakkan penggantungan ini.

“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata Lembaga Pengarah syarikat itu dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia pada Khamis.


MYAirline menasihati penumpang terjejas supaya mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka dan menghubungi customercare@myairline.my bagi mendapatkan bantuan sokongan.

Menyusuli penutupan operasi MyAirline, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengarahkan syarikat itu menguruskan pengguna terjejas dengan segera.

Menurut satu kenyataan Mavcom, MYAirline masih bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang sudah membeli tiket syarikat penerbangan itu walaupun operasi penerbangannya digantung.

Mavcom meminta pengguna terjejas yang telah membuat tempahan dengan MYAirline bagi penerbangan pada 12 Oktober dan seterusnya supaya menghubungi saluran aduan khusus syarikat penerbangan itu untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan mereka.

Pengguna terjejas boleh mengemukakan pertanyaan mengenai tempahan mereka menerusi talian pengguna Mavcom:1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (luar Malaysia) atau melalui emel customercare@myairline.my, dan borang web aduan FlySmart boleh didapati di https://flysmart.my/make-a-complaint/.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baru yang berpotensi menyelesaikan masalah kewangannya.

Perkara itu menyusuli peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Encik Rayner Teo, yang berkuat kuasa 7 Oktober atas sebab kesihatan.

Di media sosial, penumpang syarikat itu meluahkan kemarahan mereka.

Antara lain mereka menyatakan pengumuman penggantungan operasi syarikat itu dilakukan secara mendadak sedangkan pada Rabu syarikat itu masih menerima tambahan bagasi.

Mereka menganggap tindakan tidak mengumumkannya lebih awal sebagai tidak bertanggungjawab dan menggesa syarikat itu menyelesaikan segera bayaran balik tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >