Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia 'patah sayap'

Jun 13, 2016 | 02:52 PM



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia pertama yang mematuhi syariah, Rayani Air, telah ditutup, kata pengawal selia pada Isnin (13 Jun), beberapa bulan selepas ia digantung daripada terbang kerana melanggar peraturan penerbangan.



Syarikat itu dilancarkan Disember lalu, dengan kru penerbangan Muslim memakai hijab sementara kakitangan bukan Islam dilarang memakai pakaian terdedah. Makanan dalam penerbangannya halal sepenuhnya dan penggunaan alkohol diharamkan.



Tetapi selepas "siasatan ke atas pentadbiran dan keselamatan audit" syarikat itu, Jabatan Penerbangan (DCA) berkata ia telah membatalkan Sijil Pengendali Rayani Air.



DCA melancarkan siasatan terhadap syarikat itu pada April berikutan rentetan kritikan daripada penumpang dan pemerintah berhubung kelewatan dan pembatalan saat-saat akhir.



Pada bulan itu, juruterbang syarikat itu, yang mengendalikan dua pesawat Boeing 737-400s, juga melancarkan mogok mengenai gaji tidak dibayar, merosakkan lagi imejnya.



Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata kerajaan mengambil langkah menghentikan operasi Rayani kerana "keselamatan industri penerbangan amat penting". - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >