Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syria batal akreditasi media BBC

Jul 09, 2023 | 03:35 PM



DAMSYIK: Pemerintah Syria telah membatalkan akreditasi media stesen penyiar BBC atas apa yang dipanggil “laporan berat sebelah dan mengelirukan”.


Menurut laman BBC, Kementerian Penerangan Syria berkata penyiar itu gagal mematuhi mutu piawaian profesional.


Laporan BBC baru-baru ini mengaitkan perdagangan dadah sintetik amphetamine yang dipanggil ‘Captagon’ dengan keluarga Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.


BBC pula berkata pihaknya menyajikan kewartawanan bebas yang tidak berat sebelah.


“Kami berbual dengan orang di seluruh spektrum politik untuk membuktikan fakta,” kata jurucakap BBC.


Diterbitkan pada Jun, program BBC News Arabic Investigations menemui kaitan antara perdagangan dadah Captagon dengan anggota terkemuka Angkatan Tentera Syria serta keluarga Encik Assad.


Captagon ialah dadah yang menyebabkan ketagihan. Pemerintah Syria sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam perdagangan dadah.

Namun, Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) telah menyalahkan pemerintah Syria atas pengeluaran dan eksport dadah itu dan menyenaraikan saudara-mara Encik Assad sebagai individu utama yang terbabit.

Pemerintah Syria tidak merujuk secara khusus laporan mengenai Captagon dalam kenyataannya. Ia berkata bahawa sejak perang saudara Syria bermula pada 2011, BBC kadangkala memberikan “maklumat subjektif dan palsu”.


Ia menambah bahawa BBC diberi amaran “lebih daripada sekali”, tetapi “terus menyiarkan laporan mengelirukan berdasarkan kenyataan... daripada entiti pengganas dan mereka yang memusuhi Syria”.


BBC berkata ia akan “terus memberikan berita dan maklumat yang tidak berat sebelah kepada khalayak ramai di seluruh dunia berbahasa Arab”.


Pembatalan akreditasi media antarabangsa jarang berlaku di negara yang dilanda perang itu walaupun Syria berada di kedudukan 175 daripada 180 negara tersenarai dalam indeks kebebasan akhbar yang dijana badan tidak mengaut untung dan bukan pemerintah, Reporters’ Without Borders. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >