Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Syria sertai semula Liga Arab selepas lebih sedekad

May 17, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Pegawai Syria buat julung-julung kalinya menyertai satu sesi persiapan sidang puncak Liga Arab pada Isnin di Arab Saudi, sekaligus menamatkan pengasingan negara itu dari liga tersebut sejak lebih sedekad lalu.



"Saya... ingin mengambil peluang ini untuk menyambut Republik Arab Syria ke dalam Liga Negeri Arab ini," kata Menteri Kewangan Arab Saudi, Encik Mohammed al-Jadaan dalam pertemuan itu, yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen negara, Al Ekhbariya.



Encik Jadaan berkata beliau "berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak untuk mencapai apa yang diinginkan", sementara kamera dipusingkan ke arah rombongan Syria.



Ini merupakan kali pertama pegawai Syria menyertai sebuah mesyuarat Liga Arab sejak perbadanan itu menggantung keahlian Damsyik pada November 2011.



Ia berbuat demikian kerana tindak balas Syria yang ganas terhadap penunjuk perasaan, yang kemudian mencetus pertempuran hingga membunuh lebih 500,000 orang dan membuat jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.



Terdahulu pada Mei, perbadanan Arab itu secara rasmi menyambut semula pemerintah Syria dengan menetapkan kedudukan semula presiden Bashar al-Assad dalam liga itu.



Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah mengundang Encik Assad untuk menghadiri sidang puncak itu pada Jumaat di kota pelabuhan Laut Merah, Jeddah, yang juga bakal menjadi pertemuannya yang pertama sejak menyertai satu mesyuarat pada 2010 di Libya.



"Ini merupakan satu peluang baru bagi kami untuk memberitahu saudara Arab kami yang lain, bahawa kami tidak melihat masa lalu, namun berpandang ke masa depan," kata Menteri Ehwal Luar Syria, Encik Faisal Mekdad setibanya di Jeddah pada malam Isnin.



"Terdapat banyak cabaran yang perlu kami bincangkan dan cuba mengatasinya, termasuk pertempuran Arab-Israel," lapor agensi berita Syria, Sana yang menukil kenyataan oleh Encik Mekdad.



Sokongan dari rakan serantau kian berkembang terhadap Encik Assad sementara beliau mengekalkan kedudukannya dan menguasai semula kawasan yang hilang dari genggamannya dahulu, dengan sokongan padu oleh Iran dan Russia.



Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyambung semula hubungan dengan Syria pada 2018 dan telah menerajui perubahan terkininya untuk bekerjasama dengan Damsyik.



Ia juga telah mengundang Encik Assad untuk menghadiri puncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Dubai pada 2023, lapor Sana pada Isnin.



Kerjasama dua hala bertambah baik selepas Syria dan Turkey ditimpa gempa pada 6 Februari.



Semasa sesi persiapan sidang puncak Liga Arab pada Isnin, Menteri Ekonomi Syria, Encik Mohammad Samer al-Khalil menggesa negara-negara Arab membuat pelaburan di negaranya atas "peluang yang menggalakkan dan undang-undang baru yang akan menarik pelaburan," lapor Sana.



Satu keputusan pada Mac oleh Arab Saudi dan rakan Damsyik, Iran untuk menyambung semula hubungan mereka juga telah mengubah landskap politik Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >