SEOUL: Kebimbangan akibat penularan pantas varian Omicron yang mudah berjangkit menyaksikan pihak berkuasa di serata Asia menggesa orang ramai agar tidak keluar rumah untuk meraikan cuti perayaan dengan keluarga yang jauh di mata dan meraikan tahun baru.
Acara pesta, seperti aneka ragam dan persembahan bunga api, juga dibatalkan bagi mengelak orang ramai berkumpul yang boleh menjadi punca penularan jangkitan.